Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DESAS-DESUS ROMBAKAN KABINET: “SAYA FIKIR DAHULU” – ANWAR

DALAM NEGARA

DESAS-DESUS ROMBAKAN KABINET: “SAYA FIKIR DAHULU” – ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.

“Saya fikir dahulu,” katanya ringkas kepada pemberita bagi menjawab desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Okt ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading