Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DEWAN PERHIMPUNAN MRSM KUANTAN TERBAKAR, TIADA MANGSA TERLIBAT

DALAM NEGARA

DEWAN PERHIMPUNAN MRSM KUANTAN TERBAKAR, TIADA MANGSA TERLIBAT

Dewan perhimpunan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan di Jalan Tok Sira, Kampung Alor Akar mengalami kebakaran melibatkan keseluruhan struktur bumbung bangunan itu tengah hari tadi.

KUANTAN – Dewan perhimpunan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan di Jalan Tok Sira, Kampung Alor Akar mengalami kebakaran melibatkan keseluruhan struktur bumbung bangunan itu tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.07 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, komander operasi Mohd Kamarul Azman Hassan melaporkan kebakaran itu membabitkan bahagian bumbung dewan dengan anggaran kemusnahan mencecah 100 peratus pada struktur berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa kerana semua pelajar MRSM sedang bercuti ketika insiden berlaku.

Tambahnya, operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Indera Mahkota dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.56 tengah hari.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Kebakaran JBPM.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading