Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DISANGKA HILANG, DUA KANAK-KANAK TERPERANGKAP 9 JAM DALAM LIF

DALAM NEGARA

DISANGKA HILANG, DUA KANAK-KANAK TERPERANGKAP 9 JAM DALAM LIF

Difahamkan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak penyelenggaraan lif pangsapuri tersebut kira-kira jam 1 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak lelaki terperangkap hampir sembilan jam di dalam lif di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata, pihaknya pada awalnya menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua mangsa yang berusia 10 tahun dan 11 tahun itu.

“Terdapat dua laporan polis diterima mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak itu bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Difahamkan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak penyelenggaraan lif pangsapuri tersebut kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kanak-kanak tersebut turut dilaporkan mereka tertidur dan kelaparan semasa terperangkap di dalam lif.

Memetik laporan media tempatan, ibu saudara kepada salah seorang kanak-kanak terbabit memaklumkan anak saudaranya keluar dari rumah untuk membeli pau dan berjumpa rakannya yang berada di pangsapuri berhampiran.

“Anak abang saya telah keluar kira-kira jam 2 petang namun sehingga jam 10 malam masih tidak pulang,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading