Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DISKAUN TOL AIDILFITRI: KERAJAAN AKAN UMUM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

DISKAUN TOL AIDILFITRI: KERAJAAN AKAN UMUM MASA TERDEKAT

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. berkata kaedah yang sama melibatkan potongan separuh daripada kadar tol biasa akan dilaksanakan sama seperti Tahun Baharu Cina lepas.

Gambar FAIL

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata kaedah yang sama melibatkan potongan separuh daripada kadar tol biasa akan dilaksanakan sama seperti Tahun Baharu Cina lepas.

“Memang kita akan ada (potongan kadar tol) sebab kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina, takkan kita tak buat untuk Aidilfitri. 

“Apa yang kita buat untuk Tahun Baharu Cina? 50 peratus (diskaun). Sabar sedikit sebab kita kena perhalusi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kerja Raya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata perkara berhubung potongan kadar tol tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan meluangkan masa hampir satu jam pada mesyuarat itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, pada mesyuarat berkenaan, Nanta berkata Perdana Menteri menekankan supaya setiap projek di negara ini dilaksanakan dengan segera, selain memastikan ia setara dengan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Kami mengambil maklum apa yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saranan beliau tak lain tak bukan adalah sikap kesegeraan dan juga kos menjalankan perniagaan supaya projek-projek yang kita laksanakan ada nilai untuk wang,” katanya.

Pada masa sama, Nanta berkata Anwar turut menitipkan pesan supaya KKR meningkatkan prestasi sebagai kementerian pelaksana bagi projek pembangunan yang penting di negara ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading