Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR MAHATHIR, IMRAN KHAN BERTEMU DI PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

DR MAHATHIR, IMRAN KHAN BERTEMU DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan pertemuan di Perdana Putra di sini hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala yang sedia wujud antara Malaysia dan Pakistan

Wisma Putra, dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Imran Khan tiba di Malaysia malam tadi untuk lawatan kerja dua hari.

Ini merupakan lawatan kerja kali kedua bekas bintang kriket itu ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018. Lawatan pertamanya pada November 2018. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading