Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANGGOTA POLIS DITAHAN SAMUN, ROGOL PENUNTUT KOLEJ SWASTA – POLIS

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA POLIS DITAHAN SAMUN, ROGOL PENUNTUT KOLEJ SWASTA – POLIS

Dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, Selasa lepas.

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, Selasa  lepas.

Difahamkan anggota yang ditahan itu masing-masing merupakan seorang Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 10.09 malam itu, penuntut itu bersama rakan lelakinya telah ditahan dua anggota lengkap beruniform.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah membawa mangsa dan rakannya ke tempat yang berasingan.

“Rakan lelaki mangsa dibawa ke bank sementara salah seorang suspek bertindak merogol mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata semalam sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan kedua-dua suspek dan mereka direman selama tujuh hari.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian ini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

Polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam mana-mana kes jenayah atau salah laku dan siasatan kes ini akan dijalankan secara telus,” katanya. –-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading