Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANGGOTA TRAFIK IRING ANAK AHLI PARLIMEN DIKENAKAN TATATERTIB

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA TRAFIK IRING ANAK AHLI PARLIMEN DIKENAKAN TATATERTIB

Dua anggota trafik yang mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada seorang ahli Parlimen menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tertib.

KUALA LUMPUR: Dua anggota trafik yang mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada seorang ahli Parlimen menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan tersebut diambil di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada Ahli Parlimen BN menggunakan motosikal PDRM di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

“PDRM juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022,” katanya dalam jawapan bertulis untuk soalan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik berhubung kejadian mengiringi kenderaan awam yang tular sejak 7 Mei lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading