KADAR TAMBANG FERI KE LANGKAWI PADA HARGA BAHARU BERKUAT KUASA ESOK
ALOR SETAR: Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang terbesar di negara ini mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi laluan feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa esok.
ALOR SETAR: Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang terbesar di negara ini mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi laluan feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa esok.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi konsortium itu Kapten Dr Baharin Baharom berkata kadar tambang baharu laluan Langkawi-Kuala Perlis dan Kuala Perlis-Langkawi bagi golongan dewasa dan kanak-kanak warganegara meningkat sebanyak RM3 iaitu masing-masing akan berharga RM21 dan RM16.
“Harga tambang baharu bagi dewasa bukan warganegara pula ialah RM27 iaitu meningkat sebanyak RM9 manakala tambang kanak-kanak bukan warganegara pula RM19.50 berbanding RM13 kadar tambang asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharin berkata kadar tambang baharu bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi pula adalah RM26.50 bagi golongan dewasa warganegara berbanding RM23 sebelum ini manakala RM20.50 bagi kanak-kanak warganegara iaitu meningkat sebanyak RM3.50.
“Tambang baharu bagi dewasa bukan warganegara pula adalah RM34.50 berbanding RM23 harga asal manakala tambang kanak-kanak bukan warganegara pula ialah RM25.50 iaitu meningkat sebanyak RM8.50 daripada kadar tambang asal,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar tambang bagi dewasa, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang merupakan penduduk pulau itu kekal bagi kedua-dua laluan feri berkenaan.
Ketika ini kadar tambang penduduk dewasa dan kanak-kanak dari Langkawi-Kuala Perlis dan Kuala Perlis-Langkawi adalah RM15 dan RM10 manakala RM10 dan RM13 bagi golongan OKU dan warga emas.
Harga tambang dewasa dan kanak-kanak dari Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi pula pada kadar RM20 dan RM14 manakala OKU dan warga emas masing-masing RM14 dan RM17. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests