Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK RENTUNG DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

DUA BERADIK RENTUNG DALAM KEBAKARAN

Dua beradik ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan enam buah rumah di Kampung Pulutan, Manggatal, di sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Dua beradik ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan enam buah rumah di Kampung Pulutan, Manggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa Jayraiyen Jabri, berusia 5 tahun, dan abangnya, Jackron, berusia 6 tahun, ditemui setelah pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.03 tengah hari kemudian menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran dan dua pancutan dengan sumber air jentera.

“Kebakaran membabitkan enam rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya,” katanya.

Menurut beliau, mayat dua kanak-kanak yang ditemukan rentung dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman selesai sekitar 2.53 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading