Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT DIHEMPAP DINDING RUNTUH KETIKA SEDANG BERWUDUK

DUNIA

KANAK-KANAK MAUT DIHEMPAP DINDING RUNTUH KETIKA SEDANG BERWUDUK

JAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia selepas dihempap dinding runtuh di sebuah masjid di Lubuk Minturun, Sumatera Barat, Indonesia.

Kejadian difahamkan berlaku pada Isnin lalu melibatkan mangsa Gian Septiawan Ardani, 8.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah motosikal ditunggangi seorang individu terlanggar tembok dinding tempat mangsa sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi kanak-kanak lain.

Impak pelanggaran menyebabkan dinding tersebut runtuh dan menghempap mangsa manakala rakannya yang baru sahaja beredar terselamat.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selain kehilangan banyak darah.

Sementara itu menurut pentadbir masjid, motosikal yang terlibat dalam kejadian dipercayai hilang kawalan gara-gara aksi ‘freestyle’.

Media Indonesia melaporkan penunggang motosikal tersebut berusia 13 tahun dan polis ketika ini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading