DUA BOTOL PLASTIK DISYAKI BAHAN LETUPAN IED DIJUMPAI PADA TAYAR KERETA SITI KASIM
Dua botol plastik yang dijumpai di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim disyaki bahan letupan termampat (IED), kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.
KUALA LUMPUR: Dua botol plastik yang dijumpai di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim disyaki bahan letupan termampat (IED), kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.
Beliau berkata objek menyerupai bahan letupan itu diletakkan di brek bahagian tayar sebelah belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial berkenaan.
“Polis menerima panggilan daripada peguam itu pada 12.58 tengah hari ini yang memaklumkan terdapat objek seperti bom diletakkan di bahagian brek keretanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata objek itu dikesan oleh mekanik sebuah pusat servis kenderaan di Bangsar ketika kereta tersebut dihantar untuk penyelenggaraan sebelum peguam berkenaan memulakan perjalanan ke Kelantan.
Berikutan insiden itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati laluan utama di Jalan Maarof ditutup kira-kira tiga jam selain dipantau ketat oleh polis.
Ditanya sama ada bahan letupan itu masih aktif dan menggunakan alat kawalan jauh, Amihizam berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan untuk mengesahkan beberapa elemen objek yang ditemukan itu.
“Belum tahu sama ada bom itu boleh dikawal atau tidak. Masih dalam siasatan dan bahan letupan ini ada beberapa elemen untuk sahkan benda itu. Jadi, kita kena hantar kepada pakar kerana mereka terpaksa ‘bina balik’ baru dapat sahkan perkara itu,” katanya.
Selain pegawai dan anggota polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian, turut berada di lokasi Unit Pemusnah Bom (UPB), serta pasukan bomba dan penyelamat.
Amihizam berkata polis belum mengambil kenyataan daripada Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, bagaimanapun peguam dan aktivis sosial itu secara lisan memaklumkan tidak menerima sebarang bentuk ancaman.
Katannya kawasan itu kembali dibuka seperti biasa pada 5.45 petang.
Sementara itu, Siti Kassim ketika ditemui di lokasi kejadian berkata sebelum ini beliau pernah berhadapan pelbagai bentuk ancaman berbahaya susulan isu yang dibangkitkannya sebagai aktivis sosial, namun tidak pernah mengalami kejadian seperti hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests