Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA INDIVIDU RENTUNG KERETA TERBAKAR DI PLAZA TOL JITRA

DALAM NEGARA

DUA INDIVIDU RENTUNG KERETA TERBAKAR DI PLAZA TOL JITRA

Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di Jitra, awal pagi tadi.

JITRA: Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.05 pagi tadi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian dan mengarahkan BBP Jitra ke lokasi dengan segera.

“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta Honda Civid FD dan api ketika itu sedang marak.

“Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan terdapat dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Katanya api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading