Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA JURUGAMBAR SELAMATKAN WANITA MAHU TERJUN JAMBATAN

DALAM NEGARA

DUA JURUGAMBAR SELAMATKAN WANITA MAHU TERJUN JAMBATAN

Selalunya kami bertugas merakam gambar pasukan penyelamat yang melakukan operasi menyelamat,  namun tak sangka ia berlaku di depan mata

GEORGETOWN: Dua jurugambar akhbar tempatan berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang arah Georgetown kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Ketika kejadian, jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar TheSun, Masry Che Ani, 48, dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Georgetown .

Sebaik melalui kawasan tersebut, mereka  melihat seorang wanita berada dalam keadaan mencurigakan di atas tembok jambatan berkenaan.

Menurut Masri, dia memberanikan diri mendekati wanita bertopi keledar itu yang duduk di atas tembok jambatan.

“Selalunya kami bertugas merakam gambar pasukan penyelamat yang melakukan operasi menyelamat,  namun tak sangka ia berlaku di depan mata.

“Mahu tidak mahu kami terpaksa mengambil risiko kerana bimbangkan keadaan wanita tersebut, syukur semuanya selamat” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Ahmad Zhafaran berkata, dia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memujuk wanita itu sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa .

Pihak berkuasa tiba ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian. -AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading