Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA KANAK-KANAK ROHINGYA DITEMUKAN LEMAS DALAM LOMBONG

DALAM NEGARA

DUA KANAK-KANAK ROHINGYA DITEMUKAN LEMAS DALAM LOMBONG

Dua kanak-kanak lelaki dari etnik Rohingya yang hilang selepas dikatakan terjatuh ke dalam lombong di Kampung Permatang Kedondong, Tikam Batu dekat Sungai Petani, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Sumber gambar: JBPM

ALOR SETAR: Dua kanak-kanak lelaki dari etnik Rohingya yang hilang selepas dikatakan terjatuh ke dalam lombong di Kampung Permatang Kedondong, Tikam Batu dekat Sungai Petani, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Mamod Shukur Belal Hussain, 4, ditemukan sekitar 400 meter dari kawasan tebing lombong itu kira-kira pukul 8.05 pagi manakala Md Nasim Hairul Husson, 6, ditemukan kira-kira 15 meter dari tempat dia dipercayai jatuh pada pukul 2.54 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di kawasan lombong itu pada pukul 9.43 malam, semalam.

Difahamkan kedua-dua kanak-kanak itu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading