Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA LELAKI LARI DARIPADA PEMERIKSAAN POLIS DITAHAN

DALAM NEGARA

DUA LELAKI LARI DARIPADA PEMERIKSAAN POLIS DITAHAN

Polis menahan dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan kenderaan yang dipandu melawan arus sehingga melanggar beberapa buah kenderaan di Kilometer 20.9 Lebuhraya Kajang SILK.

Tangkap layar daripada video tular.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan kenderaan yang dipandu melawan arus sehingga melanggar beberapa buah kenderaan di Kilometer 20.9 Lebuhraya Kajang SILK, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian pada 7.18 malam itu, kedua-dua suspek berumur 30 dan 31 tahun, yang menaiki kenderaan jenis Isuzu D-Max warna perak dikejar sehingga 300 meter sebelum berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek, pihak polis menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh digunakan untuk melakukan kesalahan jenayah pecah rumah dan curi kabel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan menerusi pemeriksaan rekod kesalahan lampau, masing-masing didapati mempunyai 20 dan empat rekod yang melibatkan kes-kes jenayah dan narkotik.

Menurutnya kedua-dua suspek kini dalam tahanan direman sehingga 17 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri semasa pemeriksaan polis, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Kedua-dua lelaki itu turut disiasat di bawah Sek 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil kerana memiliki peralatan pecah rumah, yang boleh dihukum denda maksimum RM200 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohd Zaid berkata mereka juga disiasat di  bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukan dadah ke dalam badan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading