FOKUS KEPADA KEBAJIKAN RAKYAT DALAM KEMPEN PRN, ELAK ISU 3R – MOHD NA’IM
Semua parti politik disaran agar hanya memfokus kepada polisi dan dasar parti untuk kebajikan rakyat sepanjang kempen pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini di enam negeri bagi mengekalkan keharmonian negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menyampaikan ucapan perasmian Karnival Al-Falah Sempena Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah di SMK Kampung Laut hari ini. –fotoBERNAMA
TUMPAT: Semua parti politik disaran agar hanya memfokus kepada polisi dan dasar parti untuk kebajikan rakyat sepanjang kempen pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini di enam negeri bagi mengekalkan keharmonian negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebarang sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) tidak seharusnya ditimbulkan sama ada oleh pihak kerajaan atau pembangkang kerana ia jelas boleh menggugat kesejahteraan sedia ada.
“Kita kena akur dan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong agar tidak menyentuh isu sensitif bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam masyarakat.
“Saya yakin jika polisi dan dasar parti yang diperjuang, kempen akan berjalan dalam keadaan baik, rakyat boleh bersatu padu walaupun mungkin berbeza ideologi dan parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Al Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Zamri Zainal Abidin.
Pada majlis itu, Mohd Na’im menyerahkan sumbangan berjumlah RM2.9 juta kepada golongan memerlukan dalam pelbagai bentuk hasil kutipan zakat agensi di bawah kementeriannya.
Ia termasuk Bayt Ar Rahmah iaitu projek bina dan baik pulih rumah akibat bencana, Bakul Rahmah Madani untuk golongan asnaf, sumbangan Tunai Rahmah kepada murid berkeperluan khas dan peralatan hospital kepada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Beliau turut menasihati semua parti agar tidak menggunakan institusi agama bagi tujuan politik.
“Sudah ada garis panduan jelas berhubung peraturan dan larangan yang perlu dipatuhi di masjid.
“Tindakan penguatkuasaan kepada pihak yang menyalahgunakan institusi agama diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.