SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta mana-mana pihak tidak memperlekeh usaha kerajaan mendekati golongan belia termasuk mahasiswa.
Beliau berkata ini kerana usaha itu adalah bagi mengetahui keperluan golongan belia yang boleh direalisasikan kerajaan.
“… hari Isnin sampai Jumaat di pejabat, Sabtu Ahad di lapangan, takkan nak duduk di Kuala Lumpur, Putrajaya tak ambil peduli, mana saya nak tahu apa keluhan mahasiswa, anak muda, anak-anak tingkatan enam, politeknik… tetapi bila kita dengar mereka, tindakan diambil.
“Anak-Anak Tingkatan Enam misalnya, saya bagi contoh (ada menyatakan) ‘Datuk Seri, kami ini Tingkatan Enam, bukan budak sekolah, biarlah ada cara lain sikit, aturan lain sikit.
“Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek terus umumkan (pada 13 Julai) Tingkatan Enam tidak dikategorikan sebahagian sekolah, dianggap Kolej Pra-Universiti, maknanya kita dengar,” katanya ketika berucap merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa di sini hari ini.
Anwar juga berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet dengan lebih luas dan pantas di kampus untuk memudahkan proses pembelajaran.
“Saya melawat universiti dan mendengar rungutan mahasiswa yang bertanyakan ‘Datuk Seri, macam mana nak belajar, sedangkan Internet perlahan?’ Jadi, apabila Elon Musk bercakap dengan saya (semalam), saya bagi tahu (Menteri Komunikasi dan Digital) Fahmi (Fadzil) untuk membeli peranti Starlink dengan segera, kita akan pasang di mana sahaja universiti yang memerlukan,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri mengadakan persidangan video dengan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX Elon Musk.
Beliau berkata kerjasama Malaysia dengan Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini susulan persetujuan yang diberikan untuk melabur secara besar-besaran termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.
Anwar berkata Musk juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dan kenderaan elektrik.
“Selain itu, tentang Starlink, ia melibatkan akses kepada Internet dan kesalinghubungan, kita bersetuju (kerjasama ini) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah-sekolah dan universiti untuk mendapatkan Internet secara langsung yang murah.
“Malah Elon nyatakan dalam hal ini (Starlink), walaupun 40 (satelit) disediakan awal tapi beliau beri pengakuan sebentar tadi untuk keutamaan diberikan kepada Malaysia,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager