Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN DI ALOR SETAR

DALAM NEGARA

DUA MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN DI ALOR SETAR

Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Lencong Barat, dekat sini, malam tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

ALOR SETAR: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Lencong Barat, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata Balai Polis Trafik Alor Setar menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada kira-kira pukul 9.10 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki lima lelaki berusia 18 tahun dari arah Tol Alor Setar Selatan menghala ke Masjid Aman telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai Matrix yang sedang membuat pusingan U dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran kereta Mercedes Benz itu telah berpusing beberapa kali sejauh kira-kira 35 meter, mengakibatkan pemandu dan penumpang belakang maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siti Nor Salawati berkata pemandu kereta Hyundai Matrix, lelaki berumur 74 tahun, turut tercedera dalam kejadian itu dan telah dihantar ke hospital swasta untuk rawatan, manakala mangsa yang lain dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Lukmanul Hakim Mohd Fauzi dengan menelefon 04-7321222 atau 013-9964614 bagi membantu siasatan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading