Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT KERETA BERLANGGAR LORI LIMA TAN

DALAM NEGARA

DUA MAUT KERETA BERLANGGAR LORI LIMA TAN

Dua lelaki maut manakala dua lagi rakan cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai awal pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki maut manakala dua lagi rakan cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan di Jalan Song Ban Keng, Taman Sri Rambai di sini awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda Hirwan Hassan berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta Lim Jeng Yee, 33, dan penumpang di bahagian belakang Ong Zhong Xiang, 26.

Dua lagi rakan mereka masing-masing berusia 20-an yang juga penumpang di hadapan dan belakang mengalami cedera parah.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.07 pagi dan setiba di tempat kejadian, bomba mendapati empat penumpang dalam kereta terbabit tersepit.

“Pemeriksaan awal mendapati dua daripadanya telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi berjaya diselamatkan.

“Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk membawa keluar dua lelaki yang maut dan dua mangsa yang cedera manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hirwan berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.10 pagi dan mereka yang maut serta cedera parah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading