Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, WARGA EMAS CEDERA PARAH DALAM NAHAS KERETA BERTEMBUNG

DALAM NEGARA

DUA MAUT, WARGA EMAS CEDERA PARAH DALAM NAHAS KERETA BERTEMBUNG

Dua orang maut manakala seorang warga emas cedera parah dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara sebuah kereta dan pacuan empat roda di Jalan Telupid-Tongod, di sini petang semalam.

BELURAN: Dua orang maut manakala seorang warga emas cedera parah dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara sebuah kereta dan pacuan empat roda di Jalan Telupid-Tongod, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata mangsa yang maut berusia 40 dan 44 tahun, manakala mangsa parah berusia 62 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut cuba memotong kenderaan lain di hadapannya, tetapi gagal lalu bertembung dengan pacuan empat roda di laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang kereta maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading