Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEKERJA MELECUR, KILANG PROSES MINYAK SAWIT MENTAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

DUA PEKERJA MELECUR, KILANG PROSES MINYAK SAWIT MENTAH TERBAKAR

Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN: Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima makluman mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 43 dan 36 tahun itu pada 1.09 petang.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang berukuran 7,534 kaki persegi iaitu di bahagian gudang memproses minyak sawit mentah, sebuah ‘skylift’ dan jengkaut dengan kebakaran dianggarkan 20 peratus,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, bomba membuat kerja ‘overhaul’ menggunakan salur bantu mula premis dan dua pancutan satu aliran 300’ pam jentera dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 1.55 petang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading