ELEMEN ‘QAWWAM’ PENTING KEKANG KECELARUAN NILAI, AMALAN SONGSANG – MOHD NA’IM
Peneguhan elemen Qawwam yang menekankan peranan lelaki sebagai pemimpin dan pelindung keluarga amat penting dalam usaha mengekang kecelaruan nilai serta amalan songsang seperti yang berlaku dalam sebuah program motivasi baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Peneguhan elemen Qawwam yang menekankan peranan lelaki sebagai pemimpin dan pelindung keluarga amat penting dalam usaha mengekang kecelaruan nilai serta amalan songsang seperti yang berlaku dalam sebuah program motivasi baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sifat Qawwam yang ada dalam diri pemimpin mampu membendung gejala tidak baik dalam kalangan jagaannya seperti isteri dan anak-anak.
“Jika seseorang lelaki atau pemimpin itu cukup memberikan kasih sayang, memainkan peranan yang sewajarnya terhadap jagaannya, maka perkara (amalan songsang) ini tidak terjadi.
“Apa yang berlaku sekarang ini, mereka (wanita) tidak dapat kasih sayang dan perhatian itu. Jiwa mereka tidak tenang, kononnya ingin cari kebahagiaan dan ketenteraman jiwa, tapi apa yang berlaku mereka terjerumus dalam aktiviti yang menyesatkan akidah seperti yang kita dengar ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Generasi Qawwam ‘Anak Muda Hero Keluarga’ di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Kampus Batu Muda di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Badlishah Sham Baharin.
Mohd Na’im mengulas program motivasi yang didakwa songsang dengan menyebarkan ajaran sesat dan menyasarkan golongan wanita bekerja serta berdepan krisis rumah tangga.
Bagaimanapun enam individu termasuk pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret semalam, bagi membantu siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.
Berhubung program hari ini, ia dihadiri 550 peserta yang bertujuan memupuk kefahaman generasi muda terhadap nilai dan ciri-ciri Qawwam sebagai persediaan menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat.
Antara pengisian menarik program itu termasuk sesi Inspirasi Qawwam, slot interaktif ‘Siapa Qawwam?’ dan TED Talk ‘Cabaran Generasi Qawwam’ yang memfokuskan peranan lelaki dalam memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests