Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT BERSAUDARA CEDERA PARAH DILANGGAR KERETA SEMASA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

EMPAT BERSAUDARA CEDERA PARAH DILANGGAR KERETA SEMASA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Empat bersaudara mengalami kecederaan parah ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Pek, pagi tadi.

MACHANG: Empat bersaudara mengalami kecederaan parah ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Pek, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Muhammad Muskir Rosli, 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan, bersama tiga pembonceng iaitu Mas Siti Rosnani Rosli, 7, Muhammad Hakikat Abdul Rahman, 9, Muhammad Zulhaqid Muhamad Zulkifli, 12, masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pek, mengalami kecederaan Parah.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Azuhar Md Nor berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda Jazz dipandu guru wanita berusia 39 tahun datang dari arah Machang menghala ke Kuala Krai sebelum berlanggar dengan motosikal Honda C100 yang dinaiki kesemua mangsa dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran SMK Seri Intan, motosikal ditunggang mangsa dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba untuk memasuki simpang di sebelah kanan jalan.

“Disebabkan itu, motosikal berkenaan melanggar bahagian hadapan sisi kanan Honda Jazz yang ketika itu sedang melalui laluan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azuhar berkata, pemandu Honda Jazz serta penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal dan ketiga-tiga pembonceng yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading