Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM BERANAK HILANG DITEMUKAN LEMAS, KERETA TENGGELAM DALAM SUNGAI

DALAM NEGARA

ENAM BERANAK HILANG DITEMUKAN LEMAS, KERETA TENGGELAM DALAM SUNGAI

Enam beranak yang dilaporkan hilang sejak malam Sabtu, ditemukan lemas dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam dalam Sungai Korok, di Jitra, hari ini.

ALOR SETAR: Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

@beritaalhijrah114

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Enam beranak yang dilaporkan hilang sejak Sabtu, ditemukan lemas dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam dalam Sungai Korok, di Jitra, hari ini. Tekan link untuk berita penuh.

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kereta terjatuh di dalam sungai terbabit pada 8.38 pagi tadi.

“Dimaklumkam sebuah kereta jenis Proton Iswara Sedan berada di dalam sungai dan terdapat enam mangsa, iaitu seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi di dalam kenderaan itu. 

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan dan proses pengecaman mangsa dilakukan oleh waris mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Semalam, enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu.

Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading