Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP

DALAM NEGARA

ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP

TAIPING: Enam sekolah di Larut Matang Selama (LMS) ditutup selama seminggu bermula esok selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan kakitangan sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang. 

Jelas Razman, penutupan itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

“Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan perkara tidak diingini. 

“Dengan kedudukan sekolah-sekolah ini hampir dengan kawasan pusat tahanan perlindungan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan COVID-19, maka kita perlu ambil langkah berjaga-jaga” katanya.

Razman bagaimanapun menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar tidak panik dengan situasi itu sebaliknya meminta mereka mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.

“Kita akan terus memantau situasi ini dari masa ke masa dan kita mohon semua warga sekolah agar segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sekiranya berlaku penularan COVID-19,” ujarnya. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading