EU AKAN KEMUKAKAN LAPORAN UNDANG-UNDANG MENGENAI ISRAEL KEPADA MAJLIS MENTERI LUAR
Suruhanjaya Eropah sedang menyediakan laporan undang-undang bagi tindakan terhadap Israel yang dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun ini, kata Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.
Asap dan serpihan kelihatan, berikutan serangan Israel ke atas sebuah rumah di barat Jabalia, di utara Semenanjung Gaza, pada 1 Jun 2025, di tengah-tengah perang antara Israel dan Hamas.
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah sedang menyediakan laporan undang-undang bagi tindakan terhadap Israel yang dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun ini, kata Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) yang memetik sumber media, laporan berkenaan berkemungkinan membuka ruang kepada pelaksanaan sekatan separa terhadap Israel tanpa memerlukan persetujuan sebulat suara semua negara anggota, sekiranya didapati Israel gagal memenuhi kewajipan hak asasi manusia di bawah Perkara 2 Perjanjian Persatuan antara EU dan Israel.
Costa dalam satu kenyataan media merujuk kepada kandungan laporan yang bakal dibentangkan berkata: “Situasi di Gaza adalah sama sekali tidak dapat diterima dan apabila anda menonton saluran televisyen anda serta membaca akhbar anda, saya fikir kesimpulan yang anda capai adalah jelas.”
Difahamkan, 17 daripada 27 negara anggota telah meminta penilaian undang-undang itu manakala sembilan lagi menentangnya. Perkara 2 perjanjian itu menyediakan rangka kerja undang-undang bagi hubungan istimewa antara Israel dan EU dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan.
Walaupun pembatalan sepenuhnya Perjanjian Persatuan memerlukan persetujuan sebulat suara negara anggota — yang dijangka ditentang oleh beberapa negara — EU kini mempertimbangkan langkah-langkah separa yang boleh mengurangkan skop perjanjian berkenaan tanpa memerlukan persetujuan sebulat suara, sebaliknya hanya memerlukan majoriti khas.
Empat diplomat Eropah memberitahu Politico bahawa tekanan semakin meningkat terhadap Suruhanjaya Eropah agar mengemukakan cadangan praktikal untuk menurunkan taraf hubungan dengan Israel sekiranya terbukti berlaku pelanggaran klausa hak asasi manusia dalam perjanjian berkenaan.
Dua minggu lepas, Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot menggesa agar perjanjian itu dikaji semula dan laporan sebelum ini menunjukkan bahawa Perancis, Britain, Belanda dan Belgium sedang meneroka kemungkinan untuk mengiktiraf negara Palestin. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests