Facebook padam akaun berkaitan Rusia

SAN FRANCISCO – Facebook dilaporkan memadam beberapa halaman, kumpulan dan akaun berkaitan Rusia yang digunakan untuk menyebar maklumat yang mengelirukan di platform tersebut dan juga Instagram.
Ia melibatkan 97 akaun dari Rusia yang memfokuskan Ukraine dan 21 lagi akaun yang memfokuskan Austria, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom.
Pada Mac lalu, Facebook memadam 2,632 halaman, kumpulan dan akaun berkaitan Iran, Macedonia dan Kosovo atas sebab yang sama.
Langkah tersebut diambil dalam usaha Facebook membendung penggunaan rangkaian media sosial berkenaan untuk tujuan penyebaran propaganda.