‘FAST TRACK’ MAHKAMAH SYARIAH SELESAI KES CERAI CEPAT, KURANGKAN KES TERTUNGGAK
Bagaimanapun Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Mohd Asri Tahir berkata pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan bersama sebelum kes berkenaan didaftarkan di kaunter Mahkamah Rendah Syariah Laluan Pantas.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan laluan pantas atau ‘fast track’ Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Bagaimanapun Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Mohd Asri Tahir berkata pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan bersama sebelum kes berkenaan didaftarkan di kaunter Mahkamah Rendah Syariah Laluan Pantas.
“Kes itu kemudian akan didengar dan diadili oleh hakim yang dikhaskan untuk mengendali kes berkenaan di dewan Mahkamah Syariah Laluan Pantas dan mahkamah akan memberi perintah bertulis pada hari sama kes didaftarkan.
“Terdapat lima kes iaitu tuntutan cerai, pengesahan lafaz cerai, permohonan pengesahan rujuk, permohonan wali hakim dan permohonan perintah bersaling atau pengendorsan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah negeri lain, dikendalikan Mahkamah Syariah Laluan Pantas,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mohd Asri berkata sebelum perkhidmatan itu diperkenalkan, pihak-pihak perlu menunggu dalam tempoh 21 hari untuk mendapatkan tarikh sebutan di hadapan hakim selepas kes difailkan di mahkamah.
Pewujudan sistem itu katanya telah mengurangkan kes tertunggak, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan MSWP khususnya dan masyarakat Wilayah Persekutuan amnya.
Sehubungan itu, katanya perkhidmatan mahkamah laluan pantas telah diperluaskan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 6 Mac lepas.
Menurutnya sebanyak 4,743 kes diselesaikan menerusi perkhidmatan laluan pantas itu dengan 797 kes atau 100 peratus selesai di dewan mahkamah berkenaan pada 2021; 1,660 kes atau 99.75 peratus selesai pada 2022 dan 2,286 kes atau 97.56 peratus selesai pada 2023.
Dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, beliau berkata selain dewan laluan pantas, MSWP juga mewujudkan dewan mahkamah khusus untuk pengendalian kes hadhanah, nafkah serta jenayah agar pengendalian kes menjadi lebih cekap.
Sementara itu, peguam Syarie Nur Hidayah A. Bakar berkata perkhidmatan itu dapat mengurangkan tempoh masa penyelesaian kes dan kos pihak-pihak untuk hadir ke mahkamah.
“Pelanggan saya gembira dengan perkhidmatan laluan pantas ini kerana kes mereka dapat diselesaikan dengan cepat dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah berulang kali untuk mendapatkan tarikh sebutan depan hakim,” katanya.
Seorang pekerja swasta Siti Khadijah Abdullah, 45, berkata Mahkamah Syariah Laluan Pantas sangat memudahkan urusan pihak-pihak untuk kes perceraian.
“Saya memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Laluan Pantas. Ia hanya mengambil masa beberapa jam untuk selesai,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked