KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.
Beliau berkata tiada angka yang menyokong dakwaan sedemikian, sambil menambah, malahan hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka mengurus kos pinjaman lebih tinggi.
“Saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan.
“Namun kami akui bahawa terdapat beberapa segmen dan sektor yang memerlukan bantuan berikutan keadaan mereka, dan bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.
“Dengan semua keadaan ini, adalah amat perlu, wajar dan tepat pada masanya dasar monetari diselaraskan semula bagi memastikan kita terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan,” katanya selepas mengumumkan Prestasi Ekonomi suku pertama (S1) 2023 di Sasana Kijang di sini, hari ini.
BNM pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya (MPC) pada 3 Mei 2023 menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Sehubungan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Nor Shamsiah menjelaskan bahawa keputusan untuk menaikkan OPR dibuat kerana ekonomi negara terus mengukuh dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melepasi paras prapandemik, kadar pengangguran menurun dan isi rumah kekal berdaya tahan.
Beliau berkata susulan prospek pertumbuhan dalam negeri yang kukuh, MPC menilai bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk menormalkan lagi tahap penyesuaian monetari.
Dengan keputusan ini, MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi meningkatkan pemulihan ekonomi.
“Pada tahap OPR pada 3.00 peratus ketika ini, pendirian dasar monetari sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi,” katanya.
Beliau juga menekankan bahawa walaupun inflasi telah menyederhana, pengembangan ekonomi Malaysia yang lebih besar dan permintaan domestik yang kukuh, terus memberi tekanan terhadap harga, yang menyebabkan inflasi kekal tinggi, yang mana juga telah menjadi trend di banyak negara.
“Dalam sesetengah kes, dasar monetari lambat bertindak balas, menyebabkan kadar faedah dasar perlu dinaikkan dengan lebih cepat dan agresif.
“Kita pastinya tidak mahu berada dalam situasi itu. Kita perlu berhemat.
“Kita juga mahu mengelak situasi mengekalkan kadar faedah terlalu rendah bagi tempoh terlalu lama, terutamanya ketika pertumbuhan ekonomi mengukuh kerana ini boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan dan juga (terdapat) risiko ketidakseimbangan kewangan,” kata Nor Shamsiah
Menurutnya, matlamat utama dasar monetari adalah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam tempoh jangka panjang.
Beliau juga membetulkan tanggapan salah bahawa bank pusat mahukan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih perlahan.
Menegaskan bahawa tanggapan ini tidak benar, beliau berkata keputusan (menaikkan kadar faedah) akan membantu memastikan negara terus berkembang secara mampan.
Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, pasaran kewangan domestik kekal dalam keadaan teratur walaupun terdapat kebimbangan pengeluaran ekonomi global akan menyederhana.
Khususnya, tekanan sektor perbankan di ekonomi maju utama telah menyebabkan penurunan hasil bon global menghala ke penghunung akhir suku pertama (S1) di tengah-tengah jangkaan pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat.
Beliau berkata, walaupun terdapat ketidaktentuan luaran, prospek pelabur bagi pasaran sedang pesat membangun, termasuk Malaysia, secara amnya masih kekal kukuh.
Hasil bon kerajaan domestik Malaysia merosot pada suku tersebut sejajar dengan prestasi hasil bon global. Berikutan ketidaktentuan yang berpanjangan, kebanyakan pasaran ekuiti serantau termasuk FBM KLCI juga merosot dalam tempoh yang sama. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked