GAGAL ROGOL: WARGA NIGERIA MENGAMUK, CAMPAK KANAK-KANAK KELUAR TINGKAP HINGGA MATI

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian iti pada jam 8 pagi.

Nik Ros Azhan dalam kenyataannya berkata, siasatan mendapati seorang suspek warga Nigeria berusia 42 tahun terdahulu dikatakan cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun cuba dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

“Anak tiri yang berusia antara 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek, dan menyebabkan suspek mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua individu yang ada di dalam rumah tersebut,”

Dalam masa yang sama, isteri dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

“Suspek terus mengangkat mangsa selepas melihat mereka menjerit dan meminta tolong, lalu dibawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampak keluar hingga jatuh ke bawah,” menurut laporan Nik Ros Azhan.

Sejurus kejadian tersebut, suspek melompat keluar dari tingkap yang sama tetapi mengalami kecederaaan yang menyebabkan suspek tidak dapat melarikan diri.

Tambahannya, orang awam berjaya menangkap suspek bersama dengan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat, manakala suspek juga dibawa ke hospital sama untuk dirawat sebelum ditahan bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online

Leave a Reply