Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA LANGGAR LOPAK, PEMANDU PARAH SELEPAS TERBABAS

DALAM NEGARA

KERETA LANGGAR LOPAK, PEMANDU PARAH SELEPAS TERBABAS

PASIR GUDANG: Dua lelaki parah selepas kereta yang dinaiki bertembung di Tanjung Langsat, pagi semalam.

Kejadian berlaku selepas kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki berusia 27 tahun hilang kawalan akibat terlanggar lopak air sebelum memasuki arah bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Altis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, rempuhan itu menyebabkan pemandu kereta Toyota Camry mengalami kecederaan patah rusuk kanan dan luka di kepala.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun yang memandu kereta Toyota Altis patah kedua-dua kaki dan tangan serta mengalami kecederaan dalaman.

Ismail Dollah berkata, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Regency Bandar Seri Alam dan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bagi menerima rawatan.

Difahamkan, semasa kemalangan berlaku, permukaan jalan adalah rata namun agak licin disebabkan hujan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading