Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GANGGUAN AIR: PPIM GESA TINDAKAN TEGAS, TIDAK MAHU PENGGUNA DAN PENIAGA TERUS JADI MANGSA

DALAM NEGARA

GANGGUAN AIR: PPIM GESA TINDAKAN TEGAS, TIDAK MAHU PENGGUNA DAN PENIAGA TERUS JADI MANGSA

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan tegas diambil kerajaan berhubung isu pencemaran air sungai hingga menyebabkan berlaku masalah air di lebih 1,292 kawasan di Lembah Klang.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mempersoal sampai bila pengguna dan peniaga harus menjadi mangsa kepada pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa perniagaan ke dalam sungai.

“Saya tidak fikir perkara ini harus dibenarkan berlaku. Mungkin tidak cukup undang-undang atau penguatkuasaan jadi benda ini bagi kami di PPIM amat sedih masih berlaku dan tiada jaminan ia tidak akan berlaku lagi.

“Masalah ini merumitkan urusan harian pengguna dan peniaga jadi saya berpandangan harus ada kaedah berkesan dan tegas yang diambil kerajaan bagi mengelak ia berlaku lagi di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Datuk Nadzim juga mencadangkan agar kilang yang berpotensi menyebabkan berlaku pencemaran tidak dibenarkan beroperasi berdekatan kawasan sungai sebagai langkah keselamatan.

Beliau juga menyeru kempen kesedaran berhubung pencemaran sungai diperluaskan kerajaan terutama kepada pemilik perniagaan bagi mendidik mereka menjadi pengusaha yang lebih bertanggungjawab. – AlHijrah Online / Faez Baderolhesam


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading