Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM SAHKAN RAKYAT MALAYSIA BERKERJA DI SINGAPURA POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

KKM SAHKAN RAKYAT MALAYSIA BERKERJA DI SINGAPURA POSITIF COVID-19

KOTA TINGGI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dijangkiti COVID-19.

Mangsa merupakan antara individu yang terlibat dengan Skim Ulang Alik Berkala (PCA).

Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba berkata, individu tersebut dikatakan telah memasuki Malaysia pada 29 Ogos lalu dan disahkan positif pada 2 September selepas menjalani ujian swab.

“Apabila mereka positif apa yang kita buat adalah mengendalikan kes dengan cepat, agresif dan siasat perjalanan dan kontak rapat pesakit.

“Kalau ada kontak rapat kita akan anggap dia sebagai Pesakit Bawah Siasatan (PUI),” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Klinik Kesihatan Sungai Rengit di Kota Tinggi.

Menurut Adham, kes berkenaan tidak bergejala dan lelaki tersebut kini dalam keadaan stabil.

Sejak pembukaan pintu sempadan di Seberang Tambak, Johor Bahru untuk sejumlah 2,647 individu kategori PCA dan 815 individu di Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) telah menjalani ujian swab. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading