Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KSN KUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN MEDIA DI LAPANG SASAR

DALAM NEGARA

KSN KUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN MEDIA DI LAPANG SASAR

KUALA LUMPUR: Hubungan baik antara organisasi kerajaan dengan pihak media penting bagi membantu menyebarluas maklumat dan dasar yang ingin disampaikan kerajaan kepada rakyat.

Hari ini usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan antara dua pihak itu diterjemah melalui pertandingan menembak Ketua Setiausaha Negara bersama wakil-wakil media.

Seramai 30 wakil media menyertai pertandingan itu yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, Putrajaya.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, objektif program tersebut adalah untuk membina saluran komunikasi terbuka antara organisasi kerajaan bersama media dalam pertukaran pendapat dan pandangan.

Selain itu program itu juga diharap mampu membina hubungan akrab dan kerjasama baik antara jabatan atau agensi kerajaan dengan media.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading