PUTRAJAYA: Pendekatan RAHMAH menjadi garapan utama dalam dasar pentadbiran Islam Malaysia pada 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, setiap program yang dirancang, pelan strategik atau sasaran kerja tahunan semua agensi hendaklah lebih tersusun dengan memberi tumpuan penuh kepada advokasi mesej RAHMAH agar ia difahami di semua peringkat masyarakat.
Pendekatan RAHMAH merujuk kepada R=Ramah; A=Aman; H=Harmoni; M=Mesra; A=Alami; H=Hormat.
Mujahid berkata, dasar pentadbiran Islam melalui pendekatan RAHMAH ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dengan kehidupan yang aman dan harmoni, keperluan ekonomi dan sosial yang terjamin, menghormati kemuliaan sesama insan dan saling menerima kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan agama.
“Fokus kerja kita pada tahun ini ialah bagaimana hendak menyampaikan intipati dasar ini bagi melahirkan sebuah masyarakat RAHMAH dan memberi justifikasi mengapa ia perlu dilaksanakan dan keperluannya kepada negara,” katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2020 baru-baru ini.
Mujahid juga mahu pada 2020, persepsi negatif yang ditimbulkan terhadap pentadbiran Islam khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang sering menjadi bahan kecaman segelintir masyarakat, diperbetulkan walaupun sebahagian besar persepsi itu adalah sikap prejudis atau tidak semuanya benar.
Dalam hal ini, katanya agensi berkenaan perlu memastikan setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan bersifat ‘national solution based mindset’ supaya memberi impak lebih besar kepada ummah secara keseluruhan.
Mujahid juga mahu pendekatan RAHMAH yang bersifat progresif dan inklusif selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), dipromosikan ke peringkat global bagi membolehkan semua pihak atau individu merasai dan mengakui bahawa Islam merupakan agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.
“Beberapa sesi pembentangan dasar ini telah dibuat di peringkat antarabangsa tahun lepas. Tetapi masih belum mencukupi dan perlu diteruskan tahun ini, bagi menunjukkan kepada dunia bahawa RAHMAH merupakan satu gagasan yang realistik, inklusif dan universal dan sesuai dilaksana dalam semua keadaan,” katanya.
Beliau juga berharap intipati dan mesej RAHMAH dapat diterapkan dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah seliaan Jakim. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.