GENCATAN SENJATA DI GAZA TIDAK WAJAR MENJADI SEKADAR JEDA ANTARA PEPERANGAN – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha gencatan senjata terkini di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan meskipun beliau mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai 20 perkara yang disaran oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha gencatan senjata terkini di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan meskipun beliau mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai 20 perkara yang disaran oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Anwar, dalam ucaptama beliau di Persidangan Kuala Lumpur mengenai Peraturan Baharu Antarabangsa yang Adil dan Berperikemanusiaan, berkata setakat ini belum ada pelan damai yang komprehensif, tiada jaminan terhadap hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka, dan tiada komitmen jelas untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
“Malaysia telah bersuara menyokong keamanan di mana sahaja yang kami mampu. Kini, dengan gencatan senjata yang rapuh di Sharm El Sheikh, kami memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.
“Terdapat keraguan yang begitu menebal dengan pendirian kami. Malaysia, bersama-sama Afrika Selatan, Bolivia dan Brazil, menyokong penuh gencatan senjata ini namun ia haruslah membawa kepada pembinaan semula Gaza, memulihkan maruah serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk hidup bebas di tanah air mereka sendiri,” katanya dalam ucapan beliau bertajuk Galvanising the South in Shaping a New International Order di sini hari ini.
Beliau turut mengkritik kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang disifatkan sebagai tidak menunjukkan sebarang niat untuk menghormati komitmen terhadap kedamaian.
Anwar juga berkata dunia tidak boleh membiarkan Gaza terus terjerumus dalam kitaran kemusnahan serta keputusasaan dan menegaskan bahawa kepimpinan harus menterjemah kemarahan moral kepada tindakan yang berterusan.
Perdana Menteri juga berkata tragedi yang sedang berlaku dan kekejaman rejim Zionis di Gaza mencerminkan krisis global yang begitu mendalam.
Justeru itu, beliau berkata berdiam diri bukan lagi satu pilihan untuk Malaysia.
Anwar berkata selain komitmen bantuan kemanusiaan sebanyak RM100 juta untuk Gaza, Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Jepun serta beberapa negara dari Asia Timur dan rakan kongsi dari Timur Tengah untuk menggerakkan bantuan tambahan kepada rakyat Palestin.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager