Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GOOGLE MALAYSIA MOHON MAAF ATAS KESILAPAN KADAR PERTUKARAN DOLAR AS-RINGGIT

DALAM NEGARA

GOOGLE MALAYSIA MOHON MAAF ATAS KESILAPAN KADAR PERTUKARAN DOLAR AS-RINGGIT

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu. Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul.”

KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini membuat permohonan maaf atas kesilapan berkenaan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang disiarkan di laman kewangannya.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu. Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” kata Google Malaysia menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Google juga berkata bahawa ia menyediakan kadar pertukaran mata wang hanya untuk tujuan maklumat sahaja.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan kewangan,” katanya di laman blog mikro itu.

Pada 15 Mac lepas Google telah menyiarkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat di laman kewangannya. Ini merupakan insiden kedua Google menyiarkan data kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat pada tahun ini yang mana pertama kali berlaku pada 6 Feb.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading