INDIVIDU INGIN MOHON KEWARGANEGARAAN MALAYSIA PERLU DINILAI KEFASIHAN BAHASA MELAYU
Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Dalam Negeri disaran agar bersama-sama memainkan peranan menilai tahap kefasihan bahasa kebangsaan setiap individu yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan secara naturalisasi.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Dalam Negeri disaran agar bersama-sama memainkan peranan menilai tahap kefasihan bahasa kebangsaan setiap individu yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan secara naturalisasi.
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat sama ada selebriti, ahli perniagaan mahupun pemain bola sepak profesional.
“Mereka yang mahu mendapatkan kewarganegaraan ini seharusnya mahir berkomunikasi dan menulis asas bahasa kebangsaan.
“Apa guna jadi rakyat Malaysia tapi tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaan. Tidak malukah kepada pekerja asing yang boleh bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan seolah-olah merekalah rakyat negara kita,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Senator Michael Mujah Lihan pula mencadangkan agar Kementerian Perpaduan memfokus kepada program yang menjurus ke arah menyatupadukan rakyat dengan penganjuran program kebudayaan, kesenian dan warisan.
“Ini adalah satu langkah baik dalam memastikan kita sama-sama memahami sejarah, agama, kaum dan adat resam sesuatu budaya.
“Ia harus dikekalkan dan disemai dalam jiwa kita sebagai sebuah rumpun perpaduan yang lebih segar, sesuai dengan peredaran masa,” katanya.
Pada sesi sama, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan yang sebelum ini mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara dibaca secara penuh di setiap sesi pembukaan penggal Parlimen.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa memperbaharui ikrar untuk membina jati diri kenegaraan. Semangat kenegaraan dengan nilai-nilai Rukun Negara adalah amat penting untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum,” katanya yang turut meminta kerajaan merangka satu dasar ke arah memperkasakan perpaduan rakyat.
Titah sulung Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Feb lepas menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik antaranya keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi serta kestabilan politik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked