Graduan Gaza usahakan tanaman salad tanpa tanah

Azzam Abu Daqqa dan adiknya Safia – Foto Haluan Palestin

GAZA — Azzam Abu Daqqa dan adiknya Safia merupakan graduan kejuruteraan dari Gaza, di tengah kadar pengangguran yang mencecah 52%.

Oleh kerana peluang pekerjaaan yang terlalu terhad, pasangan adik-beradik itu memutuskan untuk menggunakan ilmu dan kemahiran mereka dengan membina sebuah rumah hijau bagi mengusahakan tanaman salad dengan kaedah pertanian hidroponik.

Dengan kaedah tersebut, pokok dapat tumbuh hasil nutrien mineral dalam air tanpa memerlukan tanah. Mereka dapat mengurangkan kebergantungan ke atas baja dan bahan kimia. Ia juga tidak memerlukan kawasan yang luas.

Hasil tanaman mereka berjaya membekalkan sayuran untuk pasaran tempatan Gaza. – HALUAN PALESTIN

Leave a Reply