Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNUNG AGUNG BALI MELETUS KEMBALI

DUNIA

GUNUNG AGUNG BALI MELETUS KEMBALI

JAKARTA 31 Disember 2018: Gunung berapi di pulau percutian Bali meletus hari ini, memuntahkan abu ke udara dan meliputi kampung-kampung berdekatan ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya menghindari kawasan itu.

Pada pagi Ahad, gunung berapi yang terletak kira-kira 70km dari hab pelancongan Kuta itu memuntahkan abu ke udara apabila ia meletus selama kira-kira 3 minit, kata pusat kajian gunung berapi republik itu.

Gunung Agung meletus dari semasa ke semasa sejak ia kembali aktif pada 2017, kejadian yang menyebabkan ratusan penerbangan dan 120,000 pelancong tersadai.

Pada 22 Disember lepas, letusan Anak Krakatoa mencetuskan tsunami yang menghempas barat pulau Java dan selatan Sumatra, meragut sekurang-kurangnya 426 nyawa dan lebih 7,000 orang cedera.

Beberapa perkampungan di Bali ditimpa abu dalam letusan terbaru ini tetapi tiada asap atau lahar dikesan daripada kawah dan tiada pemindahan diarahkan.

Pusat kajian gunung berani memberi amaran kepada penduduk berdekatan sungai di kawasan itu supaya berwaspada dengan aliran lahar sejuk – sejenis aliran lumpur yang terbentuk dari batu dan abu di musum tengkujuh dan selalunya menjadi permulaan kepada lahar berapi .

Letusan terbesar Gunung Agung yang terbaru adalah pada 1963 dan meragut 1,600 nyawa. Indonesia merupakan kawasan gunung berapi paling aktif dan terletak di atas lingkaran gunung berapi Pasifik di mana plat tektonik bertemu dan menyebabkan aktiviti gunung berapi dan seismik berlaku dengan kerap. – Sinar


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading