GURU ALQURAN DIBENAR AJAR SECARA ‘ONE-TO-ONE’, TERMASUK GURU MUZIK

KUALA LUMPUR: Guru Al-Quran dan muzik dibenarkan mengajar secara perseorangan, atau ‘one-to-one’ mulai esok, seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan tersebut dibuat susulan rayuan yang diterima pihak industri pendidikan tersebut.

“MKN sedang meneliti perkara-perkara lain dan melihat secara menyeluruh, bukan sahaja untuk guru Al-Quran dan muzik sahaja, mungkin tuisyen secara ‘one-to-one’ dan sebagainya,” katanya.

Ujar Ismail Sabri, kebenaran untuk mengajar akan dilakukan secara berperingkat, dan prosedur operasi standard (SOP) akan ditentukan oleh pihak MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM).—AlHijrah Online

Leave a Reply