GURU KAFA MENGAKU TIDAK BERSALAH CEDERAKAN MURID HINGGA PATAH KAKI
Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki sehingga patah kaki Julai lepas.
MARANG: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki sehingga patah kaki Julai lepas.
Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Guru itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun, sehingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki kanan dengan cara mengangkat dan menghempas kanak-kanak itu di atas sebuah kerusi kayu.
Kejadian itu didakwa berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah ini pada 4.15 petang, 6 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Majistret menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 17 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan serta tidak boleh terbabit dengan jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Dalam kejadian Julai lepas, insiden itu disedari ibu mangsa berusia 36 tahun sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada 5 petang.
Murid itu kemudiannya telah dibawa ke klinik berhampiran bagi pemeriksaan dan disahkan kaki kanan kanak-kanak terbabit telah patah dan laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.