Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GURU TUISYEN DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN KELAR DI LEHER, LENGAN

DALAM NEGARA

GURU TUISYEN DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN KELAR DI LEHER, LENGAN

Hasil siasatan awal mendapati mangsa ada meninggalkan pesanan kepada suaminya berkaitan tekanan hidup dan tidak dapat menahan sakit selepas menjalani pembedahan mata pada 19 Feb lepas.

IPOH: Seorang guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher serta lengan di sebuah rumah kedai di Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa ada meninggalkan pesanan kepada suaminya berkaitan tekanan hidup dan tidak dapat menahan sakit selepas menjalani pembedahan mata pada 19 Feb lepas.

“Dia ada buat pembedahan mata, jadi dia tertekan dan maklumkan kepada suaminya yang dia tidak boleh nak hidup. Kita percaya kematian itu lebih daripada enam jam, kita punya forensik dan patologi hadir buat pemeriksaan di tempat kejadian.

“Memang tidak ada foul play, tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan (dan menjurus) kepada pembunuhan, dan kita tengok kecederaan itu pun, pisau ada sebelah dia (mangsa) pisau lipat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Sajidan berkata setakat ini siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa sebelum ini membuat pembedahan mata dan akibatnya terdapat nanah dalam matanya, membuatkan mangsa tertekan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading