Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI TIDAK TERLIBAT LARANGAN SIARAN LANGSUNG SOLAT PADA RAMADAN

DALAM NEGARA

MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI TIDAK TERLIBAT LARANGAN SIARAN LANGSUNG SOLAT PADA RAMADAN

KUALA LUMPUR: Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak terlibat arahan larangan siaran langsung solat termasuk solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan.

Gambar arkib. – AFP

KUALA LUMPUR: Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak terlibat arahan larangan siaran langsung solat termasuk solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan.

Pihak Konsulat Arab Saudi di Malaysia menjelaskan, larangan itu terpakai untuk masjid-masjid di Arab Saudi selain dua masjid suci berkenaan.

“Yang dilarang ialah masjid-masjid selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Larangan ini memang setiap tahun dikeluarkan dan ia juga hasil permintaan dari sebilangan besar imam-imam masjid di Arab Saudi kerana mereka tidak selesa ibadat mereka dirakam untuk tontonan orang lain.

“Adapun kedua Masjidl Haram dan Masjid Nabawi kekal disiarkan secara langsung kerana ia di bawah pentadbiran berbeza,” sumber.

Tambahnya, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan terus menyiarkan secara langsung aktiviti di masjid suci itu bagi memenuhi permintaan seluruh umat Islam sedunia yang sentiasa ingin mengetahui maklumat terkini berkaitan dua Tanah Haram.

Semalam media melaporkan Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang penyiaran atau penghantaran siaran solat, termasuk solat Tarawih, di semua platform media sepanjang Ramadan nanti.

Ia sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini.

Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia boleh menyaksikan secara langsung solat sunat Tarawih dari tanah suci yang akan disiarkan di TV AlHijrah pada jam 1 pagi dan siaran ulangan pada jam 9.10 malam setiap hari sepanjang Ramadan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading