HAD UMUR PERSARAAN PENJAWAT AWAM 65 TAHUN AKAN DIKAJI DALAM RMK-13 – KPPA
Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
KOTA BHARU: Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Beliau berkata perkara itu sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pembentangan RMK13 di Parlimen, namun kajian hanya akan dimulakan selepas pelaksanaan rancangan itu.
“Buat masa ini, saya tidak dapat memberi sebarang keputusan kerana kajian akan bermula dalam RMK13 dan dijangka selesai selepas rancangan itu berakhir.
“Walau bagaimanapun, JPA akan memulakan dapatan awal lebih awal dengan membuat perbandingan umur persaraan di negara lain sebagai penanda aras,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni isteri pesara Majlis Perbandaran Kota Bharu Allahyarham Kamal Ariffin Mohamed, Siti Rubiah Mohammad pada Program Santuni Pesara di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata beberapa negara telah menetapkan umur persaraan lebih tinggi berbanding Malaysia, antaranya Singapura (62 tahun) dan negara-negara Scandinavia sehingga 70 tahun. Malah, Malaysia sendiri mempunyai skim tertentu dengan umur persaraan lebih panjang, seperti hakim yang bersara pada usia 66 tahun.
“Justeru, ini bukan perkara luar biasa untuk kerajaan pertimbangkan. Bagaimanapun, ia memerlukan masa panjang dan tidak akan dilaksanakan secara bersendirian.
“JPA akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk persatuan pesara, Cuepacs serta persatuan belia, kerana mereka juga bakal terlibat dalam dasar ini,” katanya.
Mengulas pandangan bahawa peningkatan umur persaraan boleh menjejaskan produktiviti, beliau berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
“Kita tidak boleh membuat kesimpulan awal kerana ada negara lain yang berjaya mengekalkan produktiviti walaupun umur persaraan mereka lebih panjang,” katanya.
Perdana Menteri semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat pada 31 Julai, memaklumkan bahawa had umur persaraan wajib akan dikaji semula seiring peralihan Malaysia ke arah negara tua.
Perkara itu terkandung dalam Prakarsa Kesembilan RMK13, yang menekankan aspek keadilan sosial dan kesaksamaan peluang untuk seluruh rakyat.
Perdana Menteri turut menyatakan pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan dan kesan terhadap peluang pekerjaan perlu dipertimbangkan, sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
Pada Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun.
Menurut Azalina, menjadi satu kerugian sekiranya individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun, sedangkan mereka masih sihat, bertenaga dan mampu menyumbang secara produktif kepada tenaga kerja negara.
Ketika ini, umur persaraan wajib bagi penjawat awam di Malaysia ditetapkan pada 60 tahun, yang juga merupakan umur persaraan minimum bagi sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests