Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANYA SEBAHAGIAN KEMUDAHAN KESIHATAN YAMAN BOLEH DIGUNA: WHO

DUNIA

HANYA SEBAHAGIAN KEMUDAHAN KESIHATAN YAMAN BOLEH DIGUNA: WHO

GENEVA : Hanya kira-kira 50 peratus kemudahan kesihatan di Yaman yang masih boleh digunakan, beroperasi dengan kekurangan ubat-ubatan, peralatan dan petugas, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Jurucakap WHO Christian Lindmeier berkata setelah lima tahun konflik berlalu, Yaman masih bergelut dengan krisis kesihatan, termasuk akses dan kemudahan kesihatan yang terhad di samping kekurangan petugas untuk memerangi wabak penyakit, lapor agensi berita Xinhua.

Katanya, sejak 2015 terdapat kira-kira 156 kes serangan terhadap fasiliti kesihatan serta insiden melibatkan petugas dilaporkan.

Sambil menyifatkan krisis kemanusiaan di Yaman masih yang terburuk di dunia, Lindmeier berkata lebih 24 juta orang perlukan bantuan, 19.7 juta daripadanya memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan.

Hampir 20 juta tidak mendapat bekalan makanan mencukupi, lebih seperempat juta mengalami kekurangan khasiat dan kini di ambang kebuluran.

Setakat tahun ini, 24 penderma menyumbang sebanyak US$162 juta kepada Yayasan Kemanusiaan Yaman, antara Januari dan September 2019, sejumlah US$130 juta disumbangkan kepada 43 pertubuhan kemanusiaan.

Pada 2019, lebih enam juta orang telah menerima bantuan kemanusiaan menerusi dana yayasan berkenaan. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading