HARI KEBANGSAAN: PERJUANGAN PEMIMPIN TERDAHULU HARUS SENTIASA DIINGATI, DIHARGAI
“Merdeka harus sentiasa tersemai dalam setiap jiwa kita, bagi memperingati legasi dan warisan tokoh-tokoh seperti Almarhum ayahanda saya Yusuf Merais, antara yang berjuang dengan semangat waja penuh pengorbanan dan keazaman tanpa mengenal titik henti.
KUALA LUMPUR: Pengorbanan jerih perih pemimpin-pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan harus sentiasa diingati dan dihargai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam catatan menerusi Facebook, beliau berkata perjuangan serta pengorbanan para pemimpin terdahulu telah membentuk jati diri bangsa Malaysia sehinggalah hari ini.
“Merdeka harus sentiasa tersemai dalam setiap jiwa kita, bagi memperingati legasi dan warisan tokoh-tokoh seperti Almarhum ayahanda saya Yusuf Merais, antara yang berjuang dengan semangat waja penuh pengorbanan dan keazaman tanpa mengenal titik henti.
“Bersama rakan seperjuangannya Rosli Dhobi, mereka gigih mengukir sejarah kemerdekaan negara, sebagai sebuah kisah yang penuh dengan curahan keringat, pengorbanan dan keberanian. Perjuangan serta pengorbanan mereka yang terdahulu telah membentuk jati diri bangsa kita sehinggalah hari ini. Cahaya Merdeka yang menyala dalam jiwa kita adalah warisan daripada mereka yang merupakan sumber semangat yang mampu kita abadikan dalam setiap usaha kita sehingga kini,” katanya.
Fadillah berkata meraikan kepelbagaian, hidup bersatu padu, menghargai keunikan budaya, kepercayaan dan etnik di negara telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.
Beliau berkata semua kaum di negara ini saling melengkapi antara satu sama lain, dalam simfoni ikatan harmoni.
“Berakar umbi daripada legasi merdeka, perpaduan ini memaknai hubungan kukuh yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
“Segulai Sejalai (Seiring Sejalan) kita memandang ke hadapan, melukis potret kemajuan yang kemakmuran dan perpaduan bersatu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyeru semua rakyat bersatu hati dan mendukung erat semangat perpaduan berteraskan agenda Malaysia MADANI demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Beliau menerusi catatan dalam Facebook berkata ia selari dengan tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
“Dahulu, detik 31 Ogos diraikan dengan menyanyi lagu kemerdekaan yang didendangkan seperti Tanggal 31 Ogos, Warisan, Bahtera Merdeka dan seumpamanya. Tetapi sekarang saya tengok anak muda menyanyikan lagu dengan citarasa mereka seperti Standing in The Eyes of The World yang dinyanyikan oleh Ella dan lagu Negaraku yang Faizal Tahir nyanyikan.
“Walaupun kita berlainan era, rentak dan selera nyanyian juga berbeza, matlamat kita tetap sama, kita mahu mempertahankan apa yang telah dicapai selama ini melalui semangat patriotisme dan persefahaman, tanpa mengira latar belakang bangsa dan ideologi politik,” katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Putrajaya.
Memasuki edisi kelima anjurannya di Putrajaya, pelbagai persembahan, pertunjukan udara dan perarakan disajikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik tanah air.
Signifikannya Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 ialah tahun ini diadakan di Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager