HATI-HATI SCAMMER GUNA NAMA AINUL MARDHIAH KUTIP DERMA

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan mengutip derma menggunakan nama Ainul Mardhiah, kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan mulut Germ Cell Tumor.

Menurut bapa kanak-kanak itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak pihaknya hanya memerlukan doa bukan duit.

“Hati hati dengan scammer yang guna nama anak saya Ainul Mardhiah untuk kutipan derma.

“Kami cuma minta doa, kami tak perlukan duit. Semoga Allah SWT cukupkan rezeki kita semua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman. – AlHijrah Online

Leave a Reply