KEADAAN AINUL MARDHIAH LEBIH BAIK DARI SEMALAM – BAPA

KUALA LUMPUR: Ahmad Safiuddin Ahmad Razak bapa kepada Ainul Mardhiah memaklumkan keadaan anaknya hari ini lebih baik berbanding semalam.

Bagaimanapun kata Ahmad Safiuddin, anaknya masih dalam keadaan kritikal.

“Doktor dan pasukannya masih perlu berjaga-jaga dan bersedia jika serangan bertambah buruk

“Untuk masa sekarang, usaha doktor dan pasukan yang merawatnya semalam dapat menurunkan beberapa bacaan yang kritikal semalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doktor dan jururawat,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Ujarnya Ainul Mardhiah masih direhatkan dan memerlukan bantuan mesin ventilator.

“Dia masih dirawat di unit jagaan rapi. Terima kasih tak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan. Kami sekeluarga sangat menghargainya.

“Tadi nampak Ainul buka mata sekejap. Ainul ni kuat betul. Dalam keadaan separa sedar, dia masih ada tenaga melawan.

“Ainul memang seorang pejuang. Semangat juangnya tinggi,” katanya.

Beliau juga mengharapkan doa orang ramai untuk anaknya segera keluar dari zon kritikal dan sembuh dari jangkitan tanpa sebarang komplikasi.

Semalam kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan mulut Germ Cell Tumor berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman. – AlHijrah Online

Leave a Reply