Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Mac 2024. – Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam agar menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, beliau berkata selain meningkatkan amalan, Ramadan juga ialah “madrasah” untuk mengukuh dan menggilap semula kekuatan, keimanan, akhlak dan disiplin.
“Sebab itu ada kupasan alim ulama yang menyatakan Ramadan ini mengupas permasalahan etika yang lebih luas … dan tentunya disiplin diri, benda yang (kita) boleh makan, benda kita tak boleh makan, benda harus yang kita boleh buat, tapi kita tak buat.
“Kemudian ia juga harus mengetuk pintu hati nurani kita untuk berbicarakan hal-hal yang terkait dengan Ramadan, maknanya usaha yang lebih untuk menambah sedekah amal jariah, dan masing-masing yang punyai sedikit keupayaan untuk menyantuni masyarakat kurang bernasib baik,” katanya.
Anwar yang baru pulang daripada lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman, berkata sekiranya ada semangat Ramadan dalam kehidupan, masalah negara akan lebih terkawal seterusnya kejayaan itu dapat disampaikan kepada dunia luar.
“Ibadah itu harus memberi makna lebih luas, bagaimana boleh kita sempurnakan Ramadan kemudian sambut dengan pembaziran luar biasa, tidak mempedulikan nasib masyarakat miskin? Bagaimana dalam Ramadan masih lagi kita teruskan amalan mengambil komisen dan rasuah? Maknanya penghayatan tidak ada,” kata beliau.
Anwar juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau tidak mengambil berat soal ibadah apabila berbicara hal-hal Ramadan berkaitan kesedaran, masalah kemiskinan, soal disiplin dan tatakelola.
“Perbicaraan Islam tak boleh terlepas daripada soal yang tetap, hukumnya tetap dan ini termasuk soal-soal ibadah dalam kitab khusus, tetapi saya kata harus ibadah itu memberikan makna yang lebih luas.
“Saya harap mudah-mudahan kita dapat mengamalkan Ramadan tahun ini dengan semangat yang dianjurkan dalam agama … (termasuk) mengukuhkan semangat kefahaman, disiplin dan tekad kita untuk memperbaik,” kata beliau.
Sementara itu, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut bertitah supaya tidak melakukan pembaziran pada bulan Ramadan.
“Semalam, saya menghadap santai dengan Yang di-Pertuan Agong, malam ini ada majlis buka puasa. Menarik singgungan baginda dalam perbincangan santai. Baginda bertitah, buka puasa sepatutnya minum air sikit, kurma sebiji dan solat maghrib dulu.
“Sebab pembaziran, (majlis) santapan di Istana (Negara) itu kadang-kadang lumayan, hal-hal yang kadang-kadang mengingatkan kita bahawa dicermati supaya wang itu dimanfaatkan kepada orang yang memerlukan,” kata Anwar. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager